BORANG PENDAFTARAN PASUKAN ELTY GRASSROOT CHALLENGE CUP 2026
SYARAT PENYERTAAN ELTY Grassroot Challenge Cup 2026.
- Pertandingan terbuka kepada semua pasukan dalam dan luar Negeri Sabah.
- Kategori yang dipertandingkan:
• Bawah 10 Tahun (U10)
• Bawah 12 Tahun (U12) - Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftarkan pemain mengikut kategori had umur yang ditetapkan.
- Setiap pemain hanya boleh didaftarkan untuk SATU pasukan sahaja sepanjang kejohanan bagi setiap kategori. Manakala pendaftaran pemain dalam kategori berbeza, adalah DIBENARKAN mengikut had umur yang ditetapkan. Contohnya, pemain U10, boleh didaftarkan dalam kategori U12, namun pemain U12, TIDAK boleh didaftarkan dalam kategori U10. Dengan syarat pemain tersebut mewakili pasukan yang sama.
- Setiap pasukan dibenarkan mendaftarkan maksimum 13 pemain.
- Pemain yang bermain atas padang adalah seramai 8 orang dan sekurang-kurangnya minimum 7 pemain untuk memulakan perlawanan.
- Semua borang pendaftaran hendaklah diisi dengan lengkap sebelum tarikh tutup penyertaan.
- Pihak penganjur berhak meminta dokumen pengesahan umur / kad pengenalan / sijil lahir pemain pada bila-bila masa.
- Setiap pasukan wajib menyediakan 2 set jersi (Home & Away).
- Semua pemain wajib memakai:
• Jersi bernombor
• Kasut bola
• Stokin
• Shin Guard - Format pertandingan:
Liga Kumpulan → Suku Akhir → Separuh Akhir → Akhir - Semua pasukan, pemain, pegawai dan penyokong hendaklah menjaga disiplin dan mematuhi keputusan pihak penganjur. Keputusan jawatankuasa pertandingan adalah muktamad.
- Dengan menghantar borang penyertaan ini, pihak pengurus pasukan dianggap bersetuju mematuhi semua syarat dan peraturan pertandingan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
- Nota Penting : Sila papar resit pembayaran ini semasa pendaftaran pemain di meja urusetia semasa hari kejohanan.
- Pengurus pasukan WAJIB membawa KAD PENGENALAN/SURAT BERANAK/MYKID/PASSPORT ASLI semasa pendaftaran pemain.
- Tarikh TUTUP Pendaftaran pasukan adalah pada 26 JUN 2026 atau jika kuota penyertaan pasukan telah mencapai had yang sepatutnya.
- Tarikh tutup pendaftaran Pemain adalah pada 9 Julai 2026. Borang pendaftaran pemain akan diberikan ke dalam group khas penganjuran acara.